Thursday, October 8, 2009

IKLAN!!!

Teater Muzikal Gamat

3-8 & 11-12 Okt 09

Istana Budaya

Arahan Zaifri Husin

tarikh persembahan....
3-8 & 11-12 Oktober 2009 (8.30 pm), Matinee (3, 4 & 11hb, 3.00pm)

cara2 mendapatkan tiket....

RM30, RM50, RM80, RM100, RM150 (Matinee RM20 flat rate 4&11 Okt, 3.00pm)
Atau hubungi: 03-4149 8600 / 03-2091 1666 (Ticket2u), 03-4026 5558 (IB) www.ticket2u.biz

sinopsis cerita....

Kehidupan di dunia yang semakin ‘sakit’ dan tercemar menjadi intipati kepada persembahan ini. Begitu juga pengamalan gaya hidup sihat, kesedaran terhadap penjagaan kesihatan serta menghindari penyakit dan isu pencemaran alam sekitar.

Mengisahkan mengenai suka duka kehidupan di dalam laut yang dihuni pelbagai kehidupan laut. Ada yang baik dan ada yang jahat. Cerita bermula apabila Ketam Bunga, Ketam Batu dan Bintang keluar bermain di Taman Laut. Mereka tersesat ketika leka bermain dan ditakdirkan berjumpa dengan Mat (anak Gamat) yang dalam perjalanan menuju ke Taman Plankton tanpa pengetahuan ibu bapanya. Sedangkan ibunya (Ibu Gamat) hanya menyuruh Mat duduk saja di rumah.

Di Karang Puaka, Kurita sedang menderita kesakitan kesan daripada pencemaran alam sekitar. Kurita mengarahkan Obor-Obor untuk menangkap Ibu Gamat bagi mendapat lendirnya supaya dapat mengubati penyakitnya. Malangnya apa yang dirancang tidak mengena dan di situlah bermula sisi perjalanan Ibu Gamat untuk mencari Mat.




Menampilkan barisan pelakon:
Amy Mastura (Mak Gamat), Zuhairi Ibrahim (Bapa Gamat),
Aidil Solehin (Anak Gamat), Datin Natasha Hudson (Ikan Buntal),
Anith Aqilah OIAM (Gamat betina), Syukor Ibrahim (Penyu Ketua Hakim)
dan 80 pelakon berbilang bangsa berusia 3-50 tahun.






tinta pengarang:
memang industri teater kurang mendapat sambutan di negara kita, kalau nak dibandingkan dgn industri2 seni yg lain, tapi, bagi sesiapa yang mengikuti dan meminati seni ini, mereka pasti akan melihat bahawa industri teater mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri. penuh dgn mesej, jalan cerita yg tak bosan, gabungan lakonan, nyanyian dan gerak laku yg mantap, dan kehebatan pelakon melakonkan watak2 mereka secara live, selama seminggu atau lebih berturut2, sesiapa pun tak menafikan berlakon teater memang bukan sesuatu yg mudah utk dilakukan. sbg penonton, saya memg sgt mengagumi penggiat2 teater, dan jujur saya katakan, memg satu kepuasan dapat menonton live action di depan mata sendiri, dapat mendengar natural voice para pelakon dan dapat berhibur sambil menyokong industri teater yg semakin haus. kalau bukan kita org Malaysia yg menyokong industri teater negara kita, siapa lagi?


No comments: