Monday, September 21, 2009

segala-galanya tentang raya 2009....

we'll start with...
pagi raya ~ sangat simple; bangun, mandi, pakai baju raya,tapau juadah raya, tunggu kaum lelaki balik sembahyang raya, dan bertolak ke Tmn Kosas. tak dilupakan, bersalam-salaman dan bermaafan di pagi raya seisi keluarga kecil itu(sob2...rindunya kat keluarga besar spt thn2 sebelumnya). oh ya, sebelum bertolak tu sempat jugak tgk muka si Anas kat RTM2. shooting 'Seronoknya Raya' tu da siap dari thn lepas lagi, tapi raya thn ni baru RTM keluarkan. apa daa....

baju raya ~ tema=purple. tapi tak semua mengikut tema arr.. paling tak tahannya, Mak Iti punya set kusyen sama warna dengan baju kami adik beradik, atau lebih tepat lagi, baju saya. habis kena bahan tadi, beli kusyen percuma baju la, tak nampak Wanie duduk kat kerusi la, adeyhh...

juadah raya ~ rendang daging dan sambal kacang. yang lain semua disponsor oleh Mak Iti selaku tuan rumah dan juga Pak Lan selaku juruketupat. but seriously, i really missed my nenek's nasi tomato. huhu..

kuih raya ~ jujurnya, kuih raya tak habis buat lagi. ntah bila nak sambung celup biskut Almond London tu agaknya. semalam sempat celup biskut utk Almond London tu dgn white choc, instead of using dark choc. saja je nak buat variasi. inilah hasilnya....



but, this kuih raya still doesn't have any name yet. dunno what to call it. takkan nanti nak cakap "mak, kuih raya yang pakai biskut Almond london tapi celup dgn coklat putih tu ada lagi tak?" giler panjang nak sebut. so, do u have any suggestion? kalau ikut my kepala, nama2 ni yang terlintas difikiran tapi mcm tak sesuai plak:
A. snow white (nanti kena carik 7 org kerdil lak, huh, parah!)
B. snow queen (ish, takut plak nak mkn sbb bunyinya mcm kejam)
C. snowy rainbow (takleh2..nanti zila tuduh aku ciplak nama dia plak..)
D. snow flakes (mcm nama bijiran sarapan keluaran Kellogs la plak)
E. snow...eh, apasal asyik snow je ni?mentang2 kuih tu putih..
i need ur help dear to give that kuih a name...
gambar raya ~ tak banyak snap pun. sebab tak berapa nak cun di pagi raya. yelah, saya bukan artis pun nak bergaya lebih2. tapi ada gak arr beberapa gambar yang sempat disnap..

ha, cuba tgk sarung kusyen tu. sama tak?? memg sejibik sejiban btl la..

atas dari kiri: angah, nana, kak ti, along, along fairuz, abg abby

bawah dari kiri: ayees, boboy, saya, deena

gambar beramai-ramai tu ada kisah disebaliknya. nampak tak sebahagian frame gambar kat atas kerusi tu? gambar dlm frame tu menunjukkan kami semua(anak2 yang lahir before 1990) bergambar bersama2 sewaktu masih dalam hingusan. so, kami cuba nak mewujudkan suasana tu semula, but of course dalam situasi yg berbeza. yelah, masing2 pun dah besar, takkan nak wat exactly yg mcm dlm gambar lama tu kott. mustahillah ayees nak duduk ats riba angah lagi, ataupun saya di pangkuan boboy jugak. dan tak mungkin lah kak ti dpt kendong nana lagi..

*maaf,kualiti gambar tak cantik. tpi saya ttp nak post gak sbb nilai sentimentalnya sgt tggi..

duit raya ~ haha, lawak tak,dah besar2 pun dpt duit raya lagi, walaupun tak semeriah dulu. eh, tak..tak lawak. jgn gelak. patutnya saya bersyukur dpt dikurniakan lagi duit raya oleh pakcik makcik dan sepupu (ya, benar. thanx along fairuz walaupun sbnrnya segan nak amik sampul duit raya tu tadi.haha..). Alhamdulillah... thn depan bagi lagi yerr...

bola raya ~ disebabkan kami bermastautin di rumah Mak Iti tu sampai malam, maka sempatlah kiranya kami menonton perlawanan bola sepak Super Sunday- Man U vs Man City. dan sepupu2ku itu sgt fanatik Man U, jadi, saya terpaksa menyembunyikan kegembiraan bilamana Man City berjaya membolosi gawang Man U, disebabkan saya sgt anti Man U (syukur keantian itu makin berkurangan sekarang sejak perpindahan CR.kiranya, boleh layan lagilah). memang havoc lah tgk bola dgn mereka2. oh ya, kesudahannya, Man U-4, Man City-3.

jalan raya ~ erkk..ada kaitan ke?? huhu, ada lah gak kott.. jalanraya di KL agak lengang harini. ramai balik kampunglah tu.

okay, i think that's enough for hari raya merepek thing. jumpa lagi lain kali.. =P

No comments: