Wednesday, September 2, 2009

menagis...menangis...dan menangis lagi.....

i beat my own record!! menangis lebih drpd 12 jam tanpa henti...

ini semua gara-gara sore-eye yang menyerang kembali.huh!
saya tak pernah menangis lebih drpd 30 minit, jadi ini rekod baru yang patut dibanggakan. bayangkan, daripada jam 11 malam sehingga 1 tengahari keesokan harinya, mata memang sangat merah macam biji saga. agaknya kalau shuhaimi baba tgk, terus dia offer berlakon watak pontianak menggantikan maya karin dalam pontianak harum sundal malam 3.

disebabkan sakit mata jugak, hari ini menjadi sangat kelam kabut. bangun pagi dgn perasaan yang sgt tension sebab mata yang merah dan sgt perit, kemudian bersiap ala kadar sebab takder mood nak pergi kelas(alasan sebenar sebab tak siapkan kerja, tapi tetap kena salahkan sakit mata sebab keje tak siap gara2 takleh bukak mata), then terlupa pakai lip balm plak tu g kelas(hmmm...ada kaitan ke dgn sakit mata???). hasilnya, saya ke kelas dgn imej yang agak selekeh, tanpa contact lens berwarna dan hanya memakai seliper jamban(converse terpaksa ditinggalkan sebab baju kurung+converse=pandangan pelik dpd org sekeliling). okay, sebenarnya hari2 pun memang selekeh...saje jer cite bom sebab hari ini tak habis takat ni je...

dalam kelas, asyik main kenyit2 mata jer dgn lecturer.. nasib baik lecturer sume perempuan. air mata pulak asyik berlinangan sebab sayu tahun ni tak dapat beraya kat kampung. eh, bukan. itu cerita lain. ufth, perit dan pedihnya mata tak dapat digambarkan. rasa macam nak keluarkan biji mata, basuh...cuci bersih2...then masukkan balik tanpa ada sebarang side effect. boleh ker??? plz say yes...

menambahkan perit di hati, waktu nak balik plak, tetiba terselit surat cinta daripada pak guard di motosikal. memang malang bertimpa-timpa. sudah jatuh ditimpa tangga, dipijak orang, lagi dibomkan taik burung. huh! puasa...tahan sabar.

dugaan betul hari ini.....

*nak tgk final destination 4....huhuu...ada sape2 nak belanja??

No comments: