Friday, September 11, 2009

cerita tentang kayak....

alkisahnya....sebagai student co-recreation, kami hari ini (Khamis, 10 sept 09) diajar bagaimana caranya utk berkayak. Location: Tasik Shah Alam (takkan Tasik Sri Gombak kott..). meh nak ajar sket meh...ambik buku log, salin nota cepat. nti ada kuiz ni. haha..


1st sekali kami diajar anatomi kayak. apa itu toggle, di mana kokpit, mcm mana bentuk paddle dan sume2lah. pastu, ada gak diterangkan pasal mcm mana nak ke kiri, ke kanan, nak stop, nak kayak backward, pusing 360 darjah dan gelek gerudi 90 darjah. tak, yang last skali tu tak termasuk dalam syllabus. actually, tak ingat pun semua yg en. hafiz terangkan tu, sian dia penat2 cakap..


then, kami dipaksa turun dalam air. sgt seronok walaupun ada menggelabah sket. ok..tak sket, banyak sebenarnya. dah berkayak 2 round (tak round pun, main patah balik seberang sana je), baru naik atas darat balik. walaupun macam tak puas n paddle tu pun tak knl kami lagi, eh, silap, kami pun tak sempat nak beramah mesra dgn paddle tu lagi, tapi, not bad lah 4 the 1st experience of kayaking. cis, pencemaran bahasa rojak betul kamu ni kaka. it's rowing ok.. sebut betul2, ROWING..


ada beberapa peristiwa menarik sepanjang kelas berkayak tadi...


1. sebatang paddle yang durjana telah mengetuk kepalaku. cis, sungguh kurang ajar paddle itu. tak pergi sekolah agaknya beliau tu. kalau sekali takpe arr, ni sampai 2 kali beliau jatuh dan menimpa headku. sekali- tak sakit. kali ke2- menimbulkan ketulan benjol di kepalaku. takpe..hari ni hari engkau, esok lusa, jgn harap!! (dgn nada penuh kebencian dan kedendaman terhadap paddle durjana itu)

2. org turun kayak dgn penuh kesopanan dan kehati-hatian, tapi, saya dgn excited dan riang gumbiranya pergi terjun masuk dalam kokpit tuh. teroleng-oleng gak arr dibuatnya seketika. hampir pecah rekod orang pertama naik kayak yang terus tergolek dalam air tasik tu. silapnya, saya terslip kaki masa nak turun kayak tu. over budget plus wrong timing. luckily, babak tenggelam timbul ala2 video klip sampai syurga faizal tahir dalam air tasik tu tak jadi shoot. (tipu arr tenggelam timbul, air tasik tu tak dalam pun. paras pinggang je, tapi bagi saya paras dada arr)

3. i'm the chosen 1. that have to switch place with another person of the last kayak in the line time rafting. bayangkan, di tgh2 tasik tu, u have to stand, and step on the kayak2 in the line to go to other side. kayak weyh, bukannya jambatan emas jambatan suasa. lupa plak nak kira berapa byk kayak saya terpaksa tempuhi tadi, sebab nervous sgt takut jatuh dlm air. tiba2 teringat plak cerita sang kancil dgn buaya. yang si kancil nak pergi seberang sungai utk mkn rambutan. 1..2..3..lekuk, jantan betina aku ketuk... haa, mcm tu arr keadaannya tadi. patutnya saya mengira mcm sang kancil tu gak, sambil ketuk2 kepala manusia2 dalam kayak tu. haha. ampun2...


next week, terus ada test kayak. ish, mcm mane arr gayanya nti. boleh tak nak praktis buat amali dalam kolah bilik air? ataupun kat kolam renang bwh bangunan canselori tu? haha..



*disebabkan terlampau kecewa dan dah putus asa dengan setting comments saya, yang tetap tak bagi org lain comment entri saya, saya ada sediakan shoutbox kat sebelah ni. anything you want to comment, or critic, kindly drop your message in there. thank you.



Life is either a daring adventure or nothing

No comments: