Monday, September 28, 2009

if only....

if only i could turn back time....

if only i had said what i still hide....

if only i grabbed the chances of my life....

if only i had been less blind...

if only i listened to my heart...

if only i had found the one...

if only i am strong enough...

if only i had never been a fool...

if only i had known....




but it's too late to turn back time...

it's too late to keep it right...

it's too late to made up your mind...

it's just too late to rewind your life...

and it'll always be too late to regret the times you leave behind...


*long sigh....*
wutever it is, life still have to move on...
geez..this song suits better...MOVE ALONG....


All American Reject- Move Along

Go ahead as you waste your days with thinking
When you fall everyone stands
Another day and you've had your fill of sinking
With the life held in your
Hands are shaking cold
These hands are meant to hold

Speak to me, when all you got to keep is strong
Move along, move along like I know you do
And even when your hope is gone
Move along, move along just to make it through
Move along
Move along

So a day when you've lost yourself completely
Could be a night when your life ends
Such a heart that will lead you to deceiving
All the pain held in your
Hands are shaking cold
Your hands are mine to hold

Speak to me, when all you got to keep is strong
Move along, move along like I know you do
And even when your hope is gone
Move along, move along just to make it through
Move along
(Go on, go on, go on, go on)

When everything is wrong we move along
(Go on, go on, go on, go on)
When everything is wrong, we move along
Along, along, along

When all you got to keep is strong
Move along, move along like I know you do
And even when your hope is gone
Move along, move along just to make it through
[x3]

(Move along)
(Go on, go on, go on, go on)
Right back what is wrong
We move along


yesterday is history
tomorrow is a mystery

today?

it is a gift

that's y we call it the present

Monday, September 21, 2009

segala-galanya tentang raya 2009....

we'll start with...
pagi raya ~ sangat simple; bangun, mandi, pakai baju raya,tapau juadah raya, tunggu kaum lelaki balik sembahyang raya, dan bertolak ke Tmn Kosas. tak dilupakan, bersalam-salaman dan bermaafan di pagi raya seisi keluarga kecil itu(sob2...rindunya kat keluarga besar spt thn2 sebelumnya). oh ya, sebelum bertolak tu sempat jugak tgk muka si Anas kat RTM2. shooting 'Seronoknya Raya' tu da siap dari thn lepas lagi, tapi raya thn ni baru RTM keluarkan. apa daa....

baju raya ~ tema=purple. tapi tak semua mengikut tema arr.. paling tak tahannya, Mak Iti punya set kusyen sama warna dengan baju kami adik beradik, atau lebih tepat lagi, baju saya. habis kena bahan tadi, beli kusyen percuma baju la, tak nampak Wanie duduk kat kerusi la, adeyhh...

juadah raya ~ rendang daging dan sambal kacang. yang lain semua disponsor oleh Mak Iti selaku tuan rumah dan juga Pak Lan selaku juruketupat. but seriously, i really missed my nenek's nasi tomato. huhu..

kuih raya ~ jujurnya, kuih raya tak habis buat lagi. ntah bila nak sambung celup biskut Almond London tu agaknya. semalam sempat celup biskut utk Almond London tu dgn white choc, instead of using dark choc. saja je nak buat variasi. inilah hasilnya....



but, this kuih raya still doesn't have any name yet. dunno what to call it. takkan nanti nak cakap "mak, kuih raya yang pakai biskut Almond london tapi celup dgn coklat putih tu ada lagi tak?" giler panjang nak sebut. so, do u have any suggestion? kalau ikut my kepala, nama2 ni yang terlintas difikiran tapi mcm tak sesuai plak:
A. snow white (nanti kena carik 7 org kerdil lak, huh, parah!)
B. snow queen (ish, takut plak nak mkn sbb bunyinya mcm kejam)
C. snowy rainbow (takleh2..nanti zila tuduh aku ciplak nama dia plak..)
D. snow flakes (mcm nama bijiran sarapan keluaran Kellogs la plak)
E. snow...eh, apasal asyik snow je ni?mentang2 kuih tu putih..
i need ur help dear to give that kuih a name...
gambar raya ~ tak banyak snap pun. sebab tak berapa nak cun di pagi raya. yelah, saya bukan artis pun nak bergaya lebih2. tapi ada gak arr beberapa gambar yang sempat disnap..

ha, cuba tgk sarung kusyen tu. sama tak?? memg sejibik sejiban btl la..

atas dari kiri: angah, nana, kak ti, along, along fairuz, abg abby

bawah dari kiri: ayees, boboy, saya, deena

gambar beramai-ramai tu ada kisah disebaliknya. nampak tak sebahagian frame gambar kat atas kerusi tu? gambar dlm frame tu menunjukkan kami semua(anak2 yang lahir before 1990) bergambar bersama2 sewaktu masih dalam hingusan. so, kami cuba nak mewujudkan suasana tu semula, but of course dalam situasi yg berbeza. yelah, masing2 pun dah besar, takkan nak wat exactly yg mcm dlm gambar lama tu kott. mustahillah ayees nak duduk ats riba angah lagi, ataupun saya di pangkuan boboy jugak. dan tak mungkin lah kak ti dpt kendong nana lagi..

*maaf,kualiti gambar tak cantik. tpi saya ttp nak post gak sbb nilai sentimentalnya sgt tggi..

duit raya ~ haha, lawak tak,dah besar2 pun dpt duit raya lagi, walaupun tak semeriah dulu. eh, tak..tak lawak. jgn gelak. patutnya saya bersyukur dpt dikurniakan lagi duit raya oleh pakcik makcik dan sepupu (ya, benar. thanx along fairuz walaupun sbnrnya segan nak amik sampul duit raya tu tadi.haha..). Alhamdulillah... thn depan bagi lagi yerr...

bola raya ~ disebabkan kami bermastautin di rumah Mak Iti tu sampai malam, maka sempatlah kiranya kami menonton perlawanan bola sepak Super Sunday- Man U vs Man City. dan sepupu2ku itu sgt fanatik Man U, jadi, saya terpaksa menyembunyikan kegembiraan bilamana Man City berjaya membolosi gawang Man U, disebabkan saya sgt anti Man U (syukur keantian itu makin berkurangan sekarang sejak perpindahan CR.kiranya, boleh layan lagilah). memang havoc lah tgk bola dgn mereka2. oh ya, kesudahannya, Man U-4, Man City-3.

jalan raya ~ erkk..ada kaitan ke?? huhu, ada lah gak kott.. jalanraya di KL agak lengang harini. ramai balik kampunglah tu.

okay, i think that's enough for hari raya merepek thing. jumpa lagi lain kali.. =P

Saturday, September 19, 2009

hari penat sedunia...

kenapa penat??
kerana daripada pagi tak henti2 bergerak..
and cipta sejarah tak bangun tgahari...mahupun tak tido ptg..

ok..cerita pg tadi....
bgun dan pulang ke rumah-bt. caves.
*keterujaan nak blik..kunun2 mcm blik kg tuk beraya arr..padahal naik bas rapid tambang rm2.50 jer kott..*

tgahari sampai umah..rehat2 tgk ice age jap..ngeehehe..
pastu, tak thn tgk blik SANGAT bersepah, merajin-rajinkan arr diri kemas bilik..
hasilnya, sgt memberangsangkan...!
*tak sesia berpenat lelah harini + berpenat lelah kemas umah sewa semalam....huhuhu..*

pas berbuka, plan asal gabungan idea Pn. Sabariah dan anak keduanya yang cantik, menarik, tertarik, da bomb tu (eh, pesal puji anak Pn. Sabariah ni lebih2 ni??), kununnya nak wat biskut raya bersama2..
tpi, tergendala sbb En Othman suruh anak keduanya tu ikut pergi hantar ibunya ke rumah kakaknya..
*maaf bondaku, anakanda pergi dulu..nti blik anakanda akn meneruskan perjuangan kita...tak usah risau(iklan lifebuoy)....*


misi membuat biskut raya diteruskan...

~watak utama: biskut chocolate chip
~watak kedua utama: anak ke2 Pn. Sabariah..ehem2..
~watak sampingan: anak ketiga Pn. Sabariah, Cik Wawa
~watak ala2 hidup segan mati tak mau: Aiman dan Apiq(sibuk je main mercun pop-pop)
~director cum script writer cum producer: Pn Sabariah Abdullah(tamak btul sume post dia nak amik)
tadaa.....biskut ni dinamakan biskut Choc Chip Emakku Syg
*bkn untuk dijual...utk dimakan shja..*
patutnya balang yg ats skali tu penuh gak, tpi dah selamat masuk perut..
*nisbah biskut yg masuk dalam balang dan masuk dalam mulut= 10:1 nasib arr, sape soh tinggalkan aku sensorang isik biskut dlm balang tu..*
ok2...enough for today..
esk2 cerita lagi...
pasal biskut raya lain plak..
hehe...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Friday, September 11, 2009

cerita tentang kayak....

alkisahnya....sebagai student co-recreation, kami hari ini (Khamis, 10 sept 09) diajar bagaimana caranya utk berkayak. Location: Tasik Shah Alam (takkan Tasik Sri Gombak kott..). meh nak ajar sket meh...ambik buku log, salin nota cepat. nti ada kuiz ni. haha..


1st sekali kami diajar anatomi kayak. apa itu toggle, di mana kokpit, mcm mana bentuk paddle dan sume2lah. pastu, ada gak diterangkan pasal mcm mana nak ke kiri, ke kanan, nak stop, nak kayak backward, pusing 360 darjah dan gelek gerudi 90 darjah. tak, yang last skali tu tak termasuk dalam syllabus. actually, tak ingat pun semua yg en. hafiz terangkan tu, sian dia penat2 cakap..


then, kami dipaksa turun dalam air. sgt seronok walaupun ada menggelabah sket. ok..tak sket, banyak sebenarnya. dah berkayak 2 round (tak round pun, main patah balik seberang sana je), baru naik atas darat balik. walaupun macam tak puas n paddle tu pun tak knl kami lagi, eh, silap, kami pun tak sempat nak beramah mesra dgn paddle tu lagi, tapi, not bad lah 4 the 1st experience of kayaking. cis, pencemaran bahasa rojak betul kamu ni kaka. it's rowing ok.. sebut betul2, ROWING..


ada beberapa peristiwa menarik sepanjang kelas berkayak tadi...


1. sebatang paddle yang durjana telah mengetuk kepalaku. cis, sungguh kurang ajar paddle itu. tak pergi sekolah agaknya beliau tu. kalau sekali takpe arr, ni sampai 2 kali beliau jatuh dan menimpa headku. sekali- tak sakit. kali ke2- menimbulkan ketulan benjol di kepalaku. takpe..hari ni hari engkau, esok lusa, jgn harap!! (dgn nada penuh kebencian dan kedendaman terhadap paddle durjana itu)

2. org turun kayak dgn penuh kesopanan dan kehati-hatian, tapi, saya dgn excited dan riang gumbiranya pergi terjun masuk dalam kokpit tuh. teroleng-oleng gak arr dibuatnya seketika. hampir pecah rekod orang pertama naik kayak yang terus tergolek dalam air tasik tu. silapnya, saya terslip kaki masa nak turun kayak tu. over budget plus wrong timing. luckily, babak tenggelam timbul ala2 video klip sampai syurga faizal tahir dalam air tasik tu tak jadi shoot. (tipu arr tenggelam timbul, air tasik tu tak dalam pun. paras pinggang je, tapi bagi saya paras dada arr)

3. i'm the chosen 1. that have to switch place with another person of the last kayak in the line time rafting. bayangkan, di tgh2 tasik tu, u have to stand, and step on the kayak2 in the line to go to other side. kayak weyh, bukannya jambatan emas jambatan suasa. lupa plak nak kira berapa byk kayak saya terpaksa tempuhi tadi, sebab nervous sgt takut jatuh dlm air. tiba2 teringat plak cerita sang kancil dgn buaya. yang si kancil nak pergi seberang sungai utk mkn rambutan. 1..2..3..lekuk, jantan betina aku ketuk... haa, mcm tu arr keadaannya tadi. patutnya saya mengira mcm sang kancil tu gak, sambil ketuk2 kepala manusia2 dalam kayak tu. haha. ampun2...


next week, terus ada test kayak. ish, mcm mane arr gayanya nti. boleh tak nak praktis buat amali dalam kolah bilik air? ataupun kat kolam renang bwh bangunan canselori tu? haha..



*disebabkan terlampau kecewa dan dah putus asa dengan setting comments saya, yang tetap tak bagi org lain comment entri saya, saya ada sediakan shoutbox kat sebelah ni. anything you want to comment, or critic, kindly drop your message in there. thank you.



Life is either a daring adventure or nothing

Wednesday, September 9, 2009

berjuanglahh....!!

ini cerita hari Isnin

wake up this morning, i was like, "oh,my God, my brother's gonna sit for UPSR exam today!"
geez..suddenly i started to feel nervous, like i'm the one who's gonna take that exam. while in the car wif him (and my father as well), i feel like i could hear his heartbeat. actually, it's my heartbeat, coz it feels like you recalling back your memories of your school time. the truth is, my brother looks cool. he is very cool. he LIKES to act cool.

i dunno what will his result be, as he doesn't look like the one who's gonna sit for the exam (maybe he got that talent from me...), but it's only UPSR...who cares??haha.. deyy, mom do cares so much! (rilex mak, kalau dak ni failed UPSR dia, kawenkan je trus.. gatal da nak bermakwe2 time skola rendah, melangkah bendul kakak2 dia lak tuh)hehe...

to my brother, ANAS SYAFIQ, a.k.a Apiq (but sometimes i just love to called him Anas, and i'm the one in my family to call him wif that name), GOOD LUCK FOR YOUR UPSR! Try your best, n try to beat Along's result. bwahaha..... (u can't beat mine n wawa's, u knew that...)

* gaya macam apiq baca jer blog aku nih.. but who cares?? blogging is to express your feelings and these are my feelings...


p/s: i've got my mid-term MAF 330 test result, and it's really2 dissapointed. but, wut to do, that's all bcoz of myself too. hailaa, bler arr mood nak study nak dtg nih.. next week i've got an audit presentation and a quiz on MAF 330, both in TUESDAY! wondering how will i cope with those two things. and i'm supposed to complete my FAR 315 homework NOW, so what am i still doing in front of the laptop??



live well or live hell? choose yourself

Tuesday, September 8, 2009

such a long journey...

Saturday, Sept. 5 2009
Location: Seksyen 8, Shah Alam

0800 ~ Wake up. Get ready to go to ceramah ko wif fazilla and faezah(faezah stayed at our home to complete MAF 325's assg). Tahap kemengantukan sgt tinggi sbb tak tidur semalaman. Tapi, dibantu oleh MP3 kesayangan, berjaya juga akhirnya menggagahkan diri membuka mata sepanjang ceramah tersebut.
1130 ~ Tiba di rumah sewa setelah habis ceramah. Plan asal nak terus balik bt. Caves tapi terpaksa dibatalkan sbb ahad ada meeting wif mentor utk ENT 300. online sebentar sebelum qada' tidur(terbaekk punya tidur!!)
1735 ~ Dapat mesej dpd Adriana, mengatakan meeting wif mentor cancelled. So frustrated. Kalau ku tau awal2, dah ku berlepas ke bt. Caves lama lagi. Dalam keadaan yg sgt kecewa, tiba2, timbul idea baru... *tingg..* (bunyi mentol menyala atas kepala)
1900 ~ Call TGV Cinema. Thought of booking tickets of final destination 4(selepas ini hanya akn disebut sbg FD4) for midnite show. But, unfortunately, frustrated again. Tickets 4 reservation has finished!! ufth, wut an unlucky day..
1930 ~ Berbuka puasa. Sambil berbincang lebih lanjut mengenai plan FD4. Kata putus= redah jerr panggung wayg tuh...
2230 ~ Bergerak melaksanakan plan FD4. Dgn penuh harapan, berdoa agar nasib tak malang lagi.
Location: TGV Cinema, Sunway Pyramid
2315 ~ Tiba di TGV Cinema. Mak aihh!! ramainya orang! Dorg ni tak geti nak balik ke hape?? Dgn langkah longlai, menuju ke line Q. Muka mcm asam cemberut, dahi dah berkerut2, sbb tiket FD4 jam 1155 mlm da tggal few.
2330 ~ SOLD OUT!! Rasa cam nak bom TGV Cinema tu supaya semua org yg dpt tiket tak dpt tgk. Huh!
2345 ~ Going back home after snapping a few pics. Ciss, dtg jauh2 g sunway semata2 nak tgkap gambar. Motif tak tercapai(T T)
Sunday, Sept. 6 2009
Location: Restoran Syed, Seksyen 3, Shah Alam
0001 ~ Lepak mapley. Makan utk menghilangkan kekecewaan. Sambil berbincang mengenai plan FD4 yang tak jadi tapi tetap nak dijadikan. Kata putus= plan FD4 akan tetap berlangsung. Tunggu je arr...
0100 ~ Bertolak pulang. Sedap roti tisu kat mapley tu (aney, wa promote restauran lu, bagi komisyen sket laa). Hujan lebat plak. Bagai turut sama merasai kekecewaan kami. Tiba di rumah dgn separa lencun.
0115 ~ sambil bergebang2 bersama jah(nama manja faezah), fazy (nama tak manja fazilla) dan shiro (nama separa manja gabungan shirah dan pakwenya), tiba2......*krakk...keceburr*
apakah??bunyi apakah itu? (yg telah berjaya membuatkan kami berpelukan antara satu sama lain) Setelah berpandangan and a short discussion, konklusinya= itu adalah bunyi hujan yg sgt lebat jatuh menimpa atap zink rumah kami (sedapkan hati sendiri).
0200 ~ tidur dalam kekecewaan (sbb plan tak jadi) dan keterujaan (sbb plan akn tetap diteruskan)
0900 ~ Wake up. Tanpa membasuh muka dan menggosok gigi, terus call TGV Cinema utk book tiket. Hasilnya, tiket FD4 jam 1145 di TGV Bukit Raja selamat di reserved. Baru boleh mandi dgn tenang.
0930 ~ Misteri bunyi *krakk..* yg sgt kuat itu terjawab sudah. Sebatang dahan besar patah dan menghalang lalulintas. Ufth, bayangkan kalau kami balik lambat sikit je pagi tadi...
ini bukan tempat tinggal saya

wondering how....

sgt bergaya berposing disamping dahan pokok yg patah

1045 ~ Bertolak ke Bukit Raja, sambil bernyanyi2 lagu 'Rasa Sayang Eh' dgn gembiranya.
Location: TGV Cinema, JJ Bukit Raja, Klang
1100 ~ Tiket selamat diambil. Membuang masa selama kurang lebih 45 minit sebelum masuk panggung.
1145 ~ Selamat masuk panggung (tanpa popcorn and coke sbb bulan puasa).
1300 ~ END OF SHOW. Puas hati. Mission accomplished. I give three and a half star out of five. Itupun sbb byk aplikasi fizik dlm movie tu (tenaga kinetik sng dipindahkan antr zarah2 pepejal sehingga myebabkan objek bergerak sendiri, bukan digerakkan orang atau hantu). Pahala puasa berkurangan sbb byk mencarut dalam panggung time babak yg extreme.
1330 ~ Tiba di rumah. Terus bersiap2 utk balik bt. Caves. (^_^)
1400 ~ Bertolak pulang bersama jah (yg nak balik melati) dan fazy (yg nak berjalan2 ke KL). Teruja membawa fazy menaiki kenderaan awam. Almaklumlah, kawan tu da lama tak naik bus.
Location: KLCC
1600 ~ Tiba di KLCC. Sempat window shoping n berjalan2 seketika sementara menantikan kedatangan kakak fazy. Thought of buying a pair of new wedges at vincci but couldn'y find one. Takpe arr.. raya ni pakai selipar je arr.. isk3.
1700 ~ Ketibaan kakak fazy. Setelah melambai2 manja kpd fazy, bertolak pulang ke bt. Caves. Wait for me mum!!
1800 ~ My final destination= home sweet home!
* ketika ini, masih berada dirumah tercinta. Maaf Pn. Sheila, saya MUNGKIN tak dpt ke kelas anda esok. MUNGKIN ye, saya akn cuba tidak memungkinkannya. Current mood= sgt gian nak karok. Sbr2..tunggu habis bulan puasa...

Wednesday, September 2, 2009

menagis...menangis...dan menangis lagi.....

i beat my own record!! menangis lebih drpd 12 jam tanpa henti...

ini semua gara-gara sore-eye yang menyerang kembali.huh!
saya tak pernah menangis lebih drpd 30 minit, jadi ini rekod baru yang patut dibanggakan. bayangkan, daripada jam 11 malam sehingga 1 tengahari keesokan harinya, mata memang sangat merah macam biji saga. agaknya kalau shuhaimi baba tgk, terus dia offer berlakon watak pontianak menggantikan maya karin dalam pontianak harum sundal malam 3.

disebabkan sakit mata jugak, hari ini menjadi sangat kelam kabut. bangun pagi dgn perasaan yang sgt tension sebab mata yang merah dan sgt perit, kemudian bersiap ala kadar sebab takder mood nak pergi kelas(alasan sebenar sebab tak siapkan kerja, tapi tetap kena salahkan sakit mata sebab keje tak siap gara2 takleh bukak mata), then terlupa pakai lip balm plak tu g kelas(hmmm...ada kaitan ke dgn sakit mata???). hasilnya, saya ke kelas dgn imej yang agak selekeh, tanpa contact lens berwarna dan hanya memakai seliper jamban(converse terpaksa ditinggalkan sebab baju kurung+converse=pandangan pelik dpd org sekeliling). okay, sebenarnya hari2 pun memang selekeh...saje jer cite bom sebab hari ini tak habis takat ni je...

dalam kelas, asyik main kenyit2 mata jer dgn lecturer.. nasib baik lecturer sume perempuan. air mata pulak asyik berlinangan sebab sayu tahun ni tak dapat beraya kat kampung. eh, bukan. itu cerita lain. ufth, perit dan pedihnya mata tak dapat digambarkan. rasa macam nak keluarkan biji mata, basuh...cuci bersih2...then masukkan balik tanpa ada sebarang side effect. boleh ker??? plz say yes...

menambahkan perit di hati, waktu nak balik plak, tetiba terselit surat cinta daripada pak guard di motosikal. memang malang bertimpa-timpa. sudah jatuh ditimpa tangga, dipijak orang, lagi dibomkan taik burung. huh! puasa...tahan sabar.

dugaan betul hari ini.....

*nak tgk final destination 4....huhuu...ada sape2 nak belanja??