Wednesday, August 19, 2009

new baby born...

deeba!! zilla!! kawan-kawan!! dunia!!
lihatlah..saya sudah punya blog!!

huhu..gila kecoh minah sorang ni. padahal ada blog je pun..
bukannya ada banglo atas bukit..kereta mewah menjalar..ataupun suami handsome lagi kaya. haha.. tapi,bangga what ada blog sendiri.

memiliki blog sendiri dah lama menjadi angan-angan saya, tapi baru sekarang impian tu menjadi kenyataan sebab asyik tangguh2 je nak wat blog. bagi seorang pelajar seperti saya, kerja bertangguh tu memang dah menjadi satu kemestian. ok..mungkin tak semua pelajar la, tapi pelajar yang berperangai seperti saya, itu yang paling tepat. terbukanya hati saya hari ini [maksud saya,hari di mana saya post entry ni, bkn hari di mana anda membaca ayat ini] tuk mendaftarkan diri saya sebagai blogger akhirnya atas sebab2 ini juga;

  1. heart-to-heart talk with deeba. takdelah heart sangat, cuma bila deeba beria-ia bercerita tentang keseronokan memblogging kpd saya, saya sgt teruja mendengarnya. dan bila dia bertanyakan kpd saya "tak teringin ke nak wat blog?", tanpa segan silunya saya menjawab selepas menekan buzzer, "teringin gler, tapi belum sampai seru lagi lah.." cewah..! btw, thx deeba for kindly open my heart to start blogging.
  2. kehadiran P1-Wimax tercinta di rumah. awal sem 3 ni, kehadiran En.P1 Wimax ni telah menceriakan hidup saya beserta housemates tercinta (walaupun mendukakan juga bila difikirkan bilnya,bil letriknya,kekurangan masa tidurnya dan kekurangan masa studynya). maka dengan itu, tidak salah kiranya saya menggunakan sepenuhnya perkhidmatan En. P1 Wimax ini secara maximum,betul tak?
  3. kebosanan duduk di rumah. pada ketika ini, disebabkan sakit mata, saya mendapat m.c. selama 2 hari, dan dek krn kebosanan yang amat sangat, akhirnya saya secara tak sengaja terbloggingkan diri saya. padahal doktor bagi m.c. suruh rehatkan mata, ni lagi menganiayai mata adalah..
  4. keseronokan menskodeng blog org lain. ya,benar.. skodeng blog org lain (agaknya sebab tu lah kot saya dpt sakit mata ni, sebab baca blog org lain tanpa izin. eh,wait a sec! perlu ke minta izin? fungsi blog memang untuk dibaca, jadi saya tak bersalah di sini, kan?). saya memang gemar membaca. jadi blog2 orglah menjadi mangsa mata saya.

hopefully, lepas ni saya akan aktif mengupdate blog. dan skill penulisan saya akan bertambah baik lagi.



live the life to the fullest, for life is too short to be anything but happy


No comments: